Berpeluang temui Sandara Park di Korea - Utusan Malaysia

Berpeluang temui Sandara Park di Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Seorang peminat bertuah akan diterbangkan khas ke Korea Selatan untuk bertemu dengan selebriti negara tersebut antaranya, Sandara Park bekas anggota 2NE1, Tony Ahn, rapper Cheetah, aktres Shin So Yul dan model Kim Jin Kyung.

Peluang tersebut terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menonton program realiti kecantikan, Mimi Shop, terbitan saluran penyiaran JTBC menerusi streaming atau muat turun dalam aplikasi Viu Malaysia.

Mimi Shop yang disiarkan sejak 25 April lalu memberi fokus tentang kecantikan yang menampilkan selebriti sebagai jurusolek selain daripada bertukar-tukar pandangan tentang kehidupan dan dunia percintaan.

Sementara itu, pemenang bertuah yang dipilih oleh pihak Viu Malaysia akan berpeluang untuk muncul dalam episod yang turut menampilkan Sandara Park dan Tony Ahn.

Bagi peminat K-Pop yang mahu menyertai program tersebut, anda hanya perlu menjadi pengikut Viu Malaysia menerusi Facebook dan Instagram. Selain itu perkongsian maklumat tentang peraduan tersebut dalam media sosial masing-masing juga dialu-alukan.

Anda juga dimestikan membuat video pendek dalam bahasa Inggeris yang menyatakan kenapa mahu muncul dalam Mimi Shop dan solekan bagaimana yang diinginkan.

Tarikh tutup untuk peraduan berkenaan akan tamat pada pukul 3 petang, 8 Julai ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN