DENGAN menggunakan loghat Utara, Tunku Abdul Rahman berkata seraya air matanya bercucuran: “Saya ni nak pi London. UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit. Saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, bagi Malaya merdeka.” Barangkali Tunku sendiri tidak menyangka, kata-kata yang terpacul daripada mulutnya ketika persidangan tergempar UMNO (susulan permintaannya untuk bertemu dengan Setiausaha Tanah Jajahan…










