Berikan kami masa untuk tunai janji - Guan Eng - Utusan Malaysia

Berikan kami masa untuk tunai janji – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap rakyat dapat memberi sedikit masa kepada kerajaan, sekurang-kurangnya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik sebelum memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya.

Beliau berkata, keadaan kewangan negara ketika ini tidak baik berikutan hutang kerajaan sebanyak RM1 trilion.

“Kami masih komited untuk memenuhi manifesto pilihan raya kami.

“Bagaimanapun, kami menghadapi hutang yang besar dan perlu memperoleh kestabilan kewangan sebelum dapat melaksanakan semua janji kami,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Program Pemecut Global oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, kerajaan masih dapat memenuhi komitmennya untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Kami telah menunjukkan walaupun tanpa GST kita tidak muflis dan pada masa yang sama kami boleh memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada mereka yang memerlukan.

“Jadi, berikan kami sedikit masa untuk menangani kewangan kita terlebih dahulu sebelum kami dapat menunaikan  janji kami,” tambahnya.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN