Bendera negeri, daerah dikibar separuh tiang mulai hari ini - Utusan Malaysia

Bendera negeri, daerah dikibar separuh tiang mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 Jun – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya bendera negeri dan semua bendera daerah dikibarkan separuh tiang atas perkabungan bonda baginda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang mangkat mulai hari ini hingga hari pemakaman jenazah Almarhumah.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, bonda Sultan Johor mangkat di Hospital King Edward VII London, United Kingdom pada pukul 7.55 malam (waktu London) semalam.

Katanya, semua masjid utama di negeri ini juga akan mengadakan majlis tahlil dan doa ke atas roh Almarhumah selepas solat Maghrib mulai hari ini hingga hari pemakaman.

“Kerabat diraja yang damping berkabung dari tarikh ini, kemudian tiga hari daripada dimakamkan jenazah Almarhumah Enche’ Bear Hajah Khalsom manakala rakyat negeri ini berkabung pada tarikh pemakaman,” katanya ketika mengumumkan kemangkatan berkenaan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Abdul Rahim berkata, jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Bilik Singgahsana, Istana Besar, di sini supaya rakyat dan orang awam boleh mengunjung ziarah mengikut peraturan dan waktu yang akan diumumkan kelak.

Katanya, jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan kelak.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN