Belum ada keputusan mengenai lanjutan Pengerusi CIMB - Nazir - Utusan Malaysia

Belum ada keputusan mengenai lanjutan Pengerusi CIMB – Nazir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jun – Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, tempoh perkhidmatan beliau akan berakhir pada Ogos 2019 dan dia belum memutuskan sama ada akan melanjutkan tempoh itu.

Memuatkan artikel berkaitan…


Dalam satu kenyataan hari ini, Nazir berkata, tiada komunikasi dibuat dengan sesiapa atau mana-mana badan mengenai kedudukannya.

“Pengerusi CIMB diputuskan oleh lembaga, pemegang saham dan Bank Negara Malaysia dan jika pada bila-bila masa salah seorang daripada mereka ingin saya mengundurkan diri, saya mesti dan saya akan berbuat demikian.

“Saya telah menghabiskan 29 tahun di sini, satu-satunya pekerjaan saya dan saya akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk CIMB,” katanya.

Pengerusi CIMB tersebut mengulas laporan berita bertajuk “Pengganti Nazir dicari” yang diterbitkan hari ini.

“Saya sedar ketidakpastian kepemimpinan tidak membantu, jadi saya berharap respons saya terhadap artikel berkenaan memberikan kejelasan sebaik mungkin sedaya upaya saya,” katanya. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN