RAUT wajah si tinggi lampai, Bella Dally sewaktu menjengah ke Studio Utusan untuk sesi fotografi baru-baru ini seperti langsung tidak menggambarkan situasi dirinya yang baru mengalami episod gelap dalam kehidupan. Belum genap sebulan sejak bergelar janda selepas keruntuhan rumah tangga bersama aktor, Nazim Othman, 2 Mei lalu, Bella seakan-akan sudah jauh meninggalkan bahagian tersebut pada helaian masa lampaunya. Jika dilihat pada akaun media sosialnya, perkara sama juga yang terpancar iaitu…










