Belgium ke pusingan kedua selaku juara Kumpulan G - Utusan Malaysia

Belgium ke pusingan kedua selaku juara Kumpulan G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALININGRAD 29 Jun – Gol tunggal daripada Adnan Januzaj membolehkan Belgium menamatkan aksi peringkat Kumpulan G selaku pendahulu selepas menewaskan England dengan keputusan 1-0 di Stadium Kaliningrad, sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini bermakna Belgium akan menentang pasukan di kedudukan kedua Kumpulan H iaitu Jepun manakala England selaku naib juara Kumpulan G bakal bertemu juara Kumpulan H, Colombia dalam aksi pusingan kedua Piala Dunia 2018 pada Selasa ini.

Dalam perlawanan tersebut Belgium meraih gol pada minit ke-51 hasil rembatan kencang Januzaj yang berjaya menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford.

Sementara itu dalam satu lagi aksi Kumpulan G di Mordovia Arena menyaksikan Tunisia meraih kemenangan 2-1 ke atas Panama.

Kemenangan tersebut membolehkan Tunisia menamatkan kempen Piala Dunia di kedudukan ketiga Kumpulan G dengan tiga mata kurang enam mata dengan pendahulu manakala Panama kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas tiga perlawanan.

Dua gol Tunisia diperoleh menerusi Fakhereedine Ben Youssef pada minit ke-51 dan Wahibi Khazri minit ke-66.

Jaringan tunggal Panama diperoleh hasil gol sendiri pemain Tunisia, Yassine Meriah pada minit ke-33. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN