AMSTERDAM – Belanda bakal menutup sekurang-kurangnya empat buah penjara susulan penurunan kadar jenayah di negara itu, menurut akhbar tempatan Algemeen Dagblad. Akhbar itu menyatakan, Menteri Keadilan Belanda, Sander Dekker memutuskan untuk menutup keempat-empat penjara itu yang terletak di kawasan perbandaran Zoetermeer, Zeist, Almere dan Zwaag dekat sini. Pejabat statistik kebangsaan Belanda, CBS menyatakan kadar jenayah di Belanda mencapai paras terendah sejak tahun 1980 iaitu 49 jenayah bagi setiap 1,000 rakyat…










