Bekas PM Chuan Leekpai enggan kembali berpolitik seperti Mahathir - Utusan Malaysia

Bekas PM Chuan Leekpai enggan kembali berpolitik seperti Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Chuan Leekpai menolak cadangan meminta beliau mengikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan kembali menyertai dunia politik dan seterusnya menjadi calon Perdana Menteri yang mewakili Parti Demokrat.

Chuan, 79, mengumumkan keputusannya itu selepas tokoh-tokoh utama parti berkenaan menggesanya untuk ‘mengikut cara Mahathir’ dengan kembali memimpin Parti Demokrat pada pilihan raya umum yang dijadualkan Februari tahun depan.

Mereka percaya bekas Perdana Menteri itu, yang lembut dalam bertutur kata dan umpama bapa kepada Parti Demokrat, adalah orang yang tepat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada pimpinan ketenteraan pada pilihan raya umum itu.

“Yang pasti, saya tidak akan menjadi antara calon-calonnya,” katanya yang dipetik media tempatan hari ini sekali gus mematahkan harapan kalangan anggota Parti Demokrat yang mahukan beliau membuat kemunculan semula seperti yang dilakukan Dr. Mahathir pada pilihan raya umum ke-14 Malaysia bulan lepas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN