Bekas Pengarah Hutan dipenjara - Utusan Malaysia

Bekas Pengarah Hutan dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dan denda RM30,000 ke atas bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Terengganu, Datuk Azmi Nordin atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM60,000 daripada seorang kontraktor balak lima tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz selepas tertuduh didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima rasuah.

Tertuduh yang berusia 59 tahun turut berdepan hukuman penjara 18 bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda ber­kenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azmi yang kini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia membayar denda tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini