PUTRAJAYA – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini memberi keterangan secara sukarela bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi menaiki kereta Audi dan ditemani oleh seorang lelaki yang merupakan anggota keluarganya . Pada Mei lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu bersedia memberi keterangan berhubung kes yang dikaitkan dengan…










