Beg tangan Rosmah dapat perhatian netizen - Utusan Malaysia

Beg tangan Rosmah dapat perhatian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Beg tangan yang dibawa oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat perhatian daripada netizen.

Berdasarkan carian di internet dipercayai ia merupakan beg Versace Demetra Vanitas yang berharga diantara RM5,000 hingga RM9,000 menerusi laman web www.1stdibs.com. 

Terdahulu Rosmah tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 11.44 pagi tadi bagi membantu siasatan berkaitan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad, SRC International Sdn. Bhd. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan nombor pendaftaran WQF11. 

Turut kelihatan bersama dengan Rosmah ialah anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev. 

Rosmah turut ditemani peguamnya, K. Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Beliau kelihatan memakai baju kurung berwarna biru dipadankan dengan selendang merah dan memegang beg berwarna merah. 

Pada 1 Jun lalu, SPRM telah menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada Rosmah bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut. 

Notis berkenaan diserahkan oleh pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini