Bayi dipercayai baru dilahirkan dibuang tepi jalan - Utusan Malaysia

Bayi dipercayai baru dilahirkan dibuang tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG 25 Jun – Seorang bayi lelaki sempurna fizikalnya dipercayai baru dilahirkan ditemukan tepi jalan berhampiran Kampung Pulai, Tokai di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, penduduk kampung menjumpai bayi berkenaan yang dibaluti kain sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, Agensi Pertahanan Awam (APM) dikejarkan ke lokasi bersama jururawat dari Klinik Kesihatan Pendang bagi melakukan pemeriksaan ke atas bayi tersebut.

“Bayi tersebut yang cukup sifat itu ditemukan dengan beberapa kesan tompokan dipercayai darah dan masih bertali pusat,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya, sejurus selepas pemeriksaan, bayi tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi tujuan siasatan dan urusan selanjutnya.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi secara rahsia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN