KANGAR 2 Jun – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, berharap agar pengunjung bazar Ramadan di negeri ini mengambil inisiatif membawa beg guna semula dari rumah bagi mengurangkan penggunaan beg plastik di sepanjang bulan itu. Baginda bertitah, peningkatan penggunaan beg plastik yang akhirnya akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah hanya akan mengakibatkan pencemaran toksik di dalam tanah dan air. “Beg plastik mengambil masa yang panjang untuk terurai…










