Bas ekspres terlibat dalam kemalangan akan dialihkan 6 pagi esok - Utusan Malaysia

Bas ekspres terlibat dalam kemalangan akan dialihkan 6 pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Proses mengalihkan bas ekspres yang mengakibatkan seorang wanita maut manakala empat lagi cedera di Kilometer 33.5 Lebuh Raya Karak akan dilakukan pagi esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, proses alihkan bas itu akan dilakukan bermula pukul 6 pagi.

“Kita jangkakan proses itu mengambil masa tiga hingga empat jam dan dua lorong akan ditutup bagi membolehkan pihak bertanggungjawab mengalihkan bas tersebut.

“Waktu yang dipilih itu merupakan masa aliran trafik minimum dan satu lorong akan dibuka untuk laluan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang wanita warga tempatan, Emilia Md. Zaki, 35, maut di Kilometer 33.5 Lebuh Raya Karak di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, bas yang membawa 40 penumpang dari arah Temerloh menghala ke Klang, Selangor dipercayai mengalami masalah kegagalan brek semasa menuruni bukit. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN