Bapa Altantuya buat laporan polis - Utusan Malaysia

Bapa Altantuya buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Bapa kepada mendiang Altantuya, Dr. Setev Shaariibu hari ini tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan bagi membuka semula kes pembunuhan model tersebut.

Ditemani peguamnya, Ramkarpal Singh yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, beliau tiba di perkarangan IPD kira-kira pukul 11.55 pagi.

Dalam sidang akhbar selepas membuat laporan tersebut, Ramkarpal berkata, dengan laporan yang dikemukan itu pihak polis dapat menjalankan penyiasatan secara menyeluruh selain mendakwa mana-mana pihak terlibat dalam kes tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah satu permulaan (laporan polis), sekiranya ada petunjuk baharu dalam kes tersebut akan dibuat dalam siasatan polis.

“Jika ada juga individu lain yang bertanggungjawab serta terlibat dalam kes ini, mereka juga akan didakwa di mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Dang Wangi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini