BETONG – Pawang buaya tersohor, Indet Sanabong, 55, bertekad untuk meneruskan kariernya sebagai pemburu sang bedal meskipun kadangkala menerima upah yang agak mengecewakan. Indet mendakwa, bayaran RM300 yang diterima sebagai upah amat rendah dan tidak berbaloi kerana dia terpaksa bertarung nyawa untuk memburu dan menangkap reptilia ganas itu. Katanya, karier menangkap sang bedal bukannya calang-calang pekerjaan memandangkan ia melibatkan nyawa diri serta pembantunya. “Saya pernah dibayar RM3,000 daripada seorang tuai…










