SAUDARA PENGARANG,KAMI penumpang komuter KTMB Sektor Utara di Stesen KTMB Arau, Perlis yang menggunakan perkhidmatan komuter berulang-alik setiap hari ke tempat kerja membantah tindakan mengenakan caj parkir di tapak tempat letak kereta KTMB Arau, Perlis. Kami memohon kerajaan Pakatan Harapan terutama Menteri Pengangkutan baharu dan pihak pengurusan tertinggi KTMB membatalkan pelaksanaan sistem parkir berbayar di stesen ini kerana ketika ini ia sangat membebankan para pengguna dengan peningkatan kos sara hidup…










