Bang Dris agih 3,000 peket bubur lambuk - Utusan Malaysia

Bang Dris agih 3,000 peket bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN 3 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Datuk Idris Buang mengagihkan 3,000 peket bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar pasaraya Aiman Mall, di sini sebentar tadi.

Program yang diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan itu adalah anjuran koperasi Saradec dengan kerjasama sukarelawan jalanan dan pihak pasaraya Aiman Mall.

Turut diadakan ialah penyampaian cek berjumlah RM 2,000 daripada Datuk Idris kepada masjid Desa Ilmu yang diterima oleh Pengerusi Masjid Desa Ilmu, Yusuf Aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berucap di majlis itu, Idris berharap program yang telah diadakan itu dapat menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

“Dalam kita mengerjakan ibadah puasa, bersedakah adalah satu amalan mulia yang dituntut dalam Islam.

“Kita harap program ini akan menjadi satu tradisi dalam kita mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain,” katanya.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak(DUBS) Cawa Gandhi Samarahan, Ismawi Muhammad, Pengerusi Saradec, Khalid Senak dan Pengerusi Sukarelawan Jalanan, Suria Adenan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini