Balik raya dengan sewa kereta - Utusan Malaysia

Balik raya dengan sewa kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Demi untuk kelihatan bergaya dan dianggap berjaya dalam hidup, ramai rakyat Malaysia sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata menyewa kende­raan mewah untuk balik ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Trend menyewa kereta menjelang musim raya semakin mendapat sambutan sehingga ba­nyak syarikat menyewa kereta wujud bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Sewa kenderaan mewah bukan sahaja pada musim raya malah trend tersebut sudah merebak untuk dibawa ke majlis kahwin, percutian malah untuk ke rumah terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Koperasi Pengusaha Kereta Sewa Malaysia Bhd. (Kopkes), Mohd. Afendi Aman berkata, pada musim Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, pihaknya menganggarkan sebanyak 137 syarikat sewa kereta yang menjadi ahli Kopkes bakal mengaut perolehan RM5 juta bagi aktiviti perniagaan sewa ken­deraan.

Menurut beliau, jumlah tersebut berdasarkan kepada perkiraan 3,200 unit kenderaan daripada keseluruhan 4,000 unit dimiliki ahli Kopkes di seluruh negara telah habis ditempah selama seminggu sempena sam­butan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Jumaat ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini