Bakal pelajar UiTM maut nahas - Utusan Malaysia

Bakal pelajar UiTM maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Hajat seorang remaja perempuan untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Se­langor berkecai apabila dia maut selepas motosikal jenis Honda Wave 110XS yang ditunggang bersama kakaknya terbabas di Jalan Batu Be­rendam di sini semalam.

Kemalangan pa­da pukul 8.05 pagi itu mengakibatkan Faten Nursyuhadah Rahman, 20, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala manakala kakaknya pula cedera ringan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd. Sham Abdullah berkata, dua beradik itu dalam perjalanan dari Me­laka Baru untuk pulang ke rumah di Durian Tunggal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang dua beradik itu terbabas hingga menyebabkan tiga buah kereta serta sebuah motosikal turut berlanggar kerana mahu mengelak mangsa. Mangsa maut di tempat kejadian manakala kakaknya cedera ringan,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini