KLANG 19 Jun – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin ketokohan dan kewibawaan Amirudin Shari yang menggantinya mulai hari ini akan membawa lebih kejayaan kepada Selangor serta rakyat. Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, Amirudin layak menjawat jawatan tersebut kerana merupakan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang amat berpengalaman dalam pengurusan kerajaan negeri. ‘Saya amat yakin dengan ketokohan dan kewibawaan Amirudin memandangkan…










