Azlan tawan Litar Suzuka, Jepun - Utusan Malaysia

Azlan tawan Litar Suzuka, Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA negara, Azlan Shah Kamaruzaman berjaya meraih kemenangan pertama dalam saingan SuperSports 600cc musim 2018 apabila berjaya mengungguli Perlumbaan 1 pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun semalam.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing yang bermula dari petak pertama memulakan aksi dengan baik untuk mendahului perlumbaan namun berjaya dipintas beberapa pelumba lain seawal pusingan kedua perlumbaan.

Azlan bagaimanapun kekal memberikan cabaran di kelompok lima pelumba hadapan sebelum menggunakan peluang untuk memintas dan kembali mendahului kedudukan pada baki tiga pusingan terakhir sebelum berjaya menamatkan 13 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 29’09.539 saat (s).

Rakan sepasukan Azlan, Ahmad Yudhistira muncul naib juara dengan masa 29’10.177s, diikuti Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) ketiga de­ngan masa 29’10.656s.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera yang terbaik.

“Perlumbaan seperti biasa berlangsung sengit dan saya juga bersaing hebat dengan Yudhistira sebelum memenangi perlumbaan.

“Saya harap dapat mengekalkan momentum seperti ini pada perlumbaan kedua esok (hari ini).” ujar Azlan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN