Azlan berdepan tugas getir pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar - Utusan Malaysia

Azlan berdepan tugas getir pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man bakal menghadapi saingan empat penjuru untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti itu 30 Jun ini.

Azlan yang berusia 60 tahun bakal dicabar Naib Ketua UMNO Bahagian, Azahar Ahmad selain dua calon lain iaitu Azahar Hassan dan Zulkefly Wahab.

Dalam pada itu, jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian bakal menampilkan muka baharu selepas penyandangnya,  Datuk Azam Rashid mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya bakal berdepan dua calon lain bagi merebut jawatan itu iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Datuk Abdul Jamil Saad dan Abu Bakar Sadiqin Hazim.

Naib Ketua UMNO Bahagian pula menyaksikan pertembungan lima penjuru yang membabitkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar, Hamizan Hassan yang juga ADUN Kayang, Ismail Hashim, Zainudin Osman, Sabri Bidin dan Area Affandy Ariffin.

Sementara itu, seramai 45 calon menawarkan diri bagi jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kangar.
 
Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang melibatkan Shahrul Jaffaizal Jamil, Harmizan Halim dan Abdul Hadi Abdul Karim.

Hasmawati Abdul Hamid pula mempertahankan  jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian kerana tiada calon lain menawarkan diri bertanding jawatan itu.

Bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian melibatkan dua individu iaitu Azihani Ali dan Marzita Mansor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini