Azlan berdepan saingan sengit pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar - Utusan Malaysia

Azlan berdepan saingan sengit pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 20 Jun – Datuk Seri Azlan Man yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar bakal menghadapi saingan empat penjuru bagi merebut jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu, pada 30 Jun ini.

AZLAN MAN
AZLAN MAN

Beliau yang juga Menteri Besar bakal dicabar oleh Naib Ketua UMNO Bahagian, Azahar Ahmad selain dua calon lain iaitu Azahar Hassan dan Zulkefly Wahab.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula bakal menampilkan muka baharu selepas penyandangnya Datuk Azam Rashid membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya bakal berdepan dua calon lain bagi merebut jawatan tersebut iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Datuk Abdul Jamil Saad dan Abu Bakar Sadiqin Hazim.

Naib Ketua UMNO Bahagian pula menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Hamizan Hassan; Ismail Hashim; Zainudin Osman; Sabri Bidin dan Area Affandy Ariffin.

Manakala Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian pula menyaksikan seramai 45 calon menawarkan diri bertanding jawatan tersebut.

Dalam pada itu, persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Shahrul Jaffaizal Jamil; Harmizan Halim dan Abdul Hadi Abdul Karim.

Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian pula menyaksikan Hasmawati Abdul Hamid menang tanpa bertanding selepas tidak ada calon lain menawarkan diri bertanding jawatan itu.

Ketua Wanita UMNO Bahagian pula menyaksikan pertandingan dua penjuru melibatkan Azihani Ali dan Marzita Mansor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN