Azizah kekal mendahului - Utusan Malaysia

Azizah kekal mendahului

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd. Dun kekal mendahului dua pesaingnya bagi jawatan Ketua Wanita dalam pemilihan parti untuk penggal 2018-2021 hari ini.

Azizah Mohd. Dun
AZIZAH

Azizah berjaya memperoleh 21 undi peringkat bahagian daripada 191 keseluruhan bahagian menerusi 4,523 undi perwakilan berbanding Datuk Noraini Ahmad yang mendapat 19 undi bahagian walaupun menerima 5,282 undi perwakilan bagi undian sehingga pukul 10.00 malam ini.

Seorang lagi calon bagi jawatan berkenaan, Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman ketinggalan jauh apabila tidak menerima sebarang undi bahagian dengan hanya mendapat 311 undi perwakilan.

Dalam pada itu, perebutan bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO menyaksikan Datuk Norliza Abdul Rahim mendahului tiga pencabar lain apabila memperoleh 23 undi bahagian dan 5,109 undi perwakilan meninggalkan pesaing terdekat, Datuk Rosni Zahari yang mendapat 17 undi bahagian dan 4,773 undi perwakilan.

Dua lagi pesaing bagi jawatan berkenaan iaitu Endang Kusma Mohamed Kham hanya mendapat 185 undi perwakilan manakala Masdiana Salleh memperoleh 66 undi perwakilan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN