VIENNA – Austria semalam menyatakan pihaknya mungkin mengusir sehingga 60 orang imam yang dibiayai Turki termasuk keluarga mereka dan menutup tujuh buah masjid sebagai tindakan keras bagi membanteras ‘politik Islam’, satu tindakan yang membangkitkan kemarahan Ankara. “Jumlah yang mungkin terjejas akibat langkah tersebut mungkin 60 imam,” kata Menteri Dalam Negeri, Herbert Kickl daripada parti haluan kanan, Parti Kebebasan, rakan kecil dalam kerajaan gabungan Austria. Sejumlah 150 orang berdepan risiko kehilangan…









