ATM bakal terima Panglima baharu - Utusan Malaysia

ATM bakal terima Panglima baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal bertukar apabila Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin disebut akan dilantik ke jawatan tersebut.

Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Raja Moha­med Affandi Raja Mohamed Noor yang bersara pada Disember nanti.

Difahamkan perlantikan tersebut yang berkuat kuasa 20 Jun ini telah pun dipersetujui oleh Majlis Angkatan Tentera yang bersidang Khamis lalu.

Zulkifli, 60, sebelum ini merupakan bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan Naib Canselor (NC) Universiti Pertahanan Nasional (UPNM).

Beliau yang sepatutnya bersara wajib pada 30 November ini telah pun menyerahkan tugas sebagai NC UPNM kepada penggantinya, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal pada Mei lepas.

Bagaimanapun, Zulkifli dipanggil semula untuk berkhidmat bagi menerajui ATM sebagai PAT ke-20.

Zulkifli yang dilantik sebagai PTD pada 2011 melepaskan jawatan itu dua tahun kemudian dan dipindahkan ke UPNM sebagai NC buat kali kedua selepas kali pertama pada 2008.

Beliau yang memulakan kerjaya ketenteraan pada 1978 memiliki pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan dan pemerintahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN