WASHINGTON 20 Jun – Amerika Syarikat (AS) secara rasmi keluar daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) semalam dengan menuduh kononnya anggota badan dunia itu bersikap ‘hipokrasi’ dan ‘tidak adil’ terhadap Israel.
Nikki Haley
Duta AS ke PBB, Nikki Haley mengumumkan perkara itu di sini bersama-sama Setiausaha Negara, Mike Pompeo.
Kedua-duanya menegaskan AS akan kekal sebagai juara hak asasi manusia namun hakikatnya sebarang keputusan itu mempamerkan permusuhan Presiden Donald Trump terhadap badan dunia berkenaan dan diplomasi pelbagai hala. – AFP










