BUENOS AIRES 6 Jun – Tekanan politik yang memuncak membuatkan Argentina memilih untuk membatalkan perlawanan pemanas badan terakhir mereka menentang Israel yang sepatutnya dijadual pada Sabtu ini di Baitulmaqdis sebelum sepak mula Piala Dunia 2018, demikian kata penyerang Gonzalo Higuain awal pagi tadi. “Mereka akhirnya membuat keputusan tepat,” kata Higuain dalam satu temu bual dengan ESPN, mengesahkan laporan perlawanan itu dibatalkan. Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Teddy Kollek, Baitulmaqdis…










