APMM bantu kesan mangsa insiden bot berlanggar di Indonesia - Utusan Malaysia

APMM bantu kesan mangsa insiden bot berlanggar di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Maritim Malaysia memantau kawasan perairan Malaysia bagi mengesan empat lagi mangsa insiden bot berlanggar di perairan Indonesia malam tadi, yang belum ditemui.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Maritim Daerah Tawau, Kepten Maritim Romli Mustafa berkata, pihaknya telah merujuk kepada Konsulat Indonesia di Tawau namun tiada maklum balas lanjut setakat ini.

“Di samping itu, (setakat ini) pihak Indonesia juga belum meminta sebarang bantuan pencarian dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Romli berkata, empat aset APMM iaitu Kilat 46, PGR 16, PGR 13 dan PSC 6 serta sebuah aset Pasukan Polis Marin (Bangi 12) memantau di kawasan tanggungjawab sekali gus membantu pencarian.

Media Indonesia melaporkan sebuah bot yang membawa 16 penumpang dari arah Tawau ke Pulau Sebatik, Indonesia berlanggar dengan sebuah bot dipandu dari arah bertentangan kira-kira 100 meter dari Sungai Nyamuk, Indonesia pada pukul 7 malam tadi.

Ekoran itu, 17 mangsa dipercayai terlibat dalam insiden itu dan setakat ini pihak keselamatan Indonesia menemukan 13 mangsa dengan lima daripadanya meninggal dunia, seorang cedera manakala tujuh lagi menjalani pemeriksaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN