APM lancar Op Bantu sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

APM lancar Op Bantu sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam (APM) melaksanakan Op Bantu bermula esok (13 Jun) hingga 18 Jun ini sempena  Aidilfitri bagi membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah atau  kecemasan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Azmy Yahya berkata, pihaknya akan menugaskan 1,746 anggota dan pegawai di 114 laluan di jalan Persekutuan dan jalan negeri yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

APM juga menugaskan pasukan perubatan yang bertindak sebagai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) apabila berlaku kecemasan, katanya kepada Bernama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, antara tindakan yang akan diambil sepanjang rondaan termasuk memberi rawatan awal jika berlaku kemalangan, membantu pengguna kenderaan yang kehabisan bahan api dan kerosakan kecil, membantu menukar tayar kenderaan serta mengalihkan bangkai haiwan.

Katanya, Op Bantu menerima 633 kes membabitkan 1,785 mangsa pada tahun lepas berbanding 504 kes melibatkan 1,206 mangsa menerusi operasi yang dijalankan di seluruh negara pada 2016.

Dalam pada itu, APM juga katanya akan terlibat dengan Op Selamat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memantau keselamatan jalan raya pada tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas hari raya.

“Seramai 80 anggota dan pegawai APM akan ditugaskan pada Op Selamat bersama  aset seperti ambulans, motosikal peronda serta kenderaan pacuan empat roda4x4 bagi menghadapi sebarang kemalangan termasuk kejadian pokok tumbang,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini