PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan akan mewujudkan entiti baharu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang diketuai ketua pengarah bagi melaksanakan fungsi dan dasar pembangunan sektor pengangkutan darat di negara ini. Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata, penubuhan APAD yang dipersetujui dalam mesyuarat kabinet hari ini merupakan hala tuju kementerian selepas pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) pada pertengahan Mei lalu. Beliau berkata APAD akan…










