ANUGERAH paling berprestij dalam dunia penulisan di Asia Tenggara – S.E.A. Write Awards telah bermula sejak tahun 1979. Anugerah ini yang diasaskan oleh beberapa badan korporat dan badan bebas di Thailand mendapat dukungan total daripada raja dan kerajaan Thailand. Anugerah tahunan ini berjalan lancar dengan acara gilang-gemilang pada setiap hujung tahun. Penulis-penulis terpilih dari negara ASEAN (selain tuan rumah), Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Laos, Kemboja, Vietnam dan Myanmar. Selain…










