Anwar masuk hospital - Utusan Malaysia

Anwar masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengadu sakit bahu dan belakang.

ANWAR IBRAHIM
ANWAR IBRAHIM

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi akaun Twitter beliau, malam ini.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, Anwar bagaimanapun dalam keadaan stabil.

“Sekitar 9.30 malam tadi, Anwar telah dibawa dari rumah ke PPUM menaiki ambulans kerana mengadu sakit bahu dan belakang sejurus pulang dari Turki.

“Beliau dalam keadaan stabil, tahap kesihatan tidak membimbangkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN