KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tidak akan berundur untuk membantu membawa perubahan yang diperlukan parti itu susulan kekalahan paling teruk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Sambil menyifatkan dirinya sebagai orang paling ‘senior’ yang masih berada dalam saf kepimpinan parti, Annuar berkata, beliau menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan 30 Jun ini untuk membantu pucuk pimpinan…










