KOTA BHARU 1 Jun – Niat ingin mencuba bermain belerang daripada sebuah mercun bola hampir mengorbankan sebelah mata seorang remaja, Eiman Najwan Anwar Fuad, 14, dalam kejadian di Taman Nureswaty, Panji di sini, empat hari lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mangsa sedang bermain mercun bersama tiga rakan dan dikatakan cuba mengeluarkan belerang daripada mercun sebelum meletakkannya di atas helaian tisu di dalam sebuah botol kaca. Bagaimanapun belerang berkenaan…










