ROSTOV-ON-DON, Rusia – Polis Rusia menyatakan semalam bahawa pihaknya menerima beberapa ancaman bom di bandar tuan rumah Piala Dunia, Rostov-on-Don, menyebabkan sejumlah bar dan restoran dikosongkan. “Pada 26 Jun, polis menerima siri panggilan telefon mengenai bahan letupan diletakkan di beberapa lokasi di Rostov-on-Don,” kata polis tempatan dalam satu kenyataan. “Pihak polis membuat semua pemeriksaan yang diperlukan, manakala tiada objek berbahaya ditemui,” kata kenyataan tersebut. Seorang anggota polis di hotel Topos…










