Mengundi 18 tahun? Cadangan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad agar dibuka peluang untuk rakyat mengundi seawal usia 18 tahun, menarik perhatian Awang. Antara lain beliau mahu meningkatkan kesedaran politik kepada golongan muda. Ramai yang membantah dan tidak kurang yang menyokong cadangan tersebut berdasarkan maklum balas di media sosial. Selama ini amalannya, rakyat yang berusia 21 tahun dan ke atas sahaja yang layak mengundi sebagaimana Artikel 119(1) Perlembagaan Persekutuan. Awang bersikap…










