Anak tertembak ibu, guna pistol bapa - Utusan Malaysia

Anak tertembak ibu, guna pistol bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 16 Jun – Seorang isteri anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, cedera bahu kanan selepas ditembak oleh anaknya sendiri menggunakan pistol suaminya, hari ini.

Mohd. Taufik Maidin
Mohd. Taufik Maidin

Mangsa, Noor Aidah Mat Yusoff @Ahmad, 48, cedera selepas terdengar bunyi satu das tembakan dari arah belakang dan terasa sakit dibahu kanan.

Suaminya, Sarjan Zulkifli Ayub turut berada bersamanya ketika kejadian segera membawanya ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi di Kuaters IPD Gua Musang.

Katanya, anak lelaki anggota polis berkenaan berusia 25 tahun telah menjumpai pistol bapanya yang diletakkan di atas sebuah almari dekat ruangan dapur rumahnya.

“Suspek menyangka pistol yang dijumpai itu sebagai pistol mainan untuk menembak cicak dan ketika kejadian ibu dan bapanya berada di ruangan dapur.

“Secara tidak sengaja suspek menarik picu dan meletup sehingga terkena bahagian bahu kanan dari arah belakang tubuh ibunya.

“Selepas itu, ibunya mengadu sakit di bahagian bahu kanan sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya.

Mohd. Taufik berkata, mangsa dipercayai patah tulang bahu sebelah kanan akibat kesan terkena peluru dan dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, katanya, keadaan mangsa tidak membimbangkan kerana hanya berlaku kecederaan di bahagian tulang bahu.

“Kita juga telah mengambil keterangan daripada suspek berhubung kejadian itu.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 37 Akta Senjata Api,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN