Anak mangsa kemalangan maut LPT masih trauma - Utusan Malaysia

Anak mangsa kemalangan maut LPT masih trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Kehilangan tiga adik beradik berserta ibu dalam sekelip mata membuatkan Amirul Syafiq Mazlan, 24, mengalami trauma apalagi segalanya berlaku menjelang Aidilfitri.      

Amirul Syafiq merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik berkata, beliau tidak menyangka pertemuan bersama keluarga pada Rabu lalu adalah yang terakhir bersama ibu dan adik-beradiknya itu.

Kesemua mereka maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran susur masuk Maran Lebuhraya Pantai Timur 1 pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kelengkapan Hari Raya di Kuala Lumpur.

“Pagi tadi kira-kira pukul 9 pagi, saya terkejut apabila abah bagitahu Ma (ibu) dan adik-beradik kemalangan di Maran dan Abah suruh saya buat persiapan dan tunggu dekat rumah sementara abah pergi ke hospital untuk uruskan jenazah.

“Saya tidak ikut Ma dan adik-beradik yang lain pergi mencari kelengkapan raya kerana waktu tersebut saya bekerja. Ma ada bagitahu saya yang mereka hendak ke Kuala Lumpur pada Jumaat lepas dan mereka bertolak kira-kira pukul 9 pagi,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah beliau di Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru, Kemaman di sini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN