KUALA LANGAT – Seorang wanita maut dipercayai dibunuh anak lelakinya sendiri di kediaman mereka di Taman Langat Utama, Rancangan Tanah Belia (RTB) Kampung Bukit Changgang di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, berusia 50 tahun ditemui tidak sedarkan diri dengan tiga kesan tikaman pada kepala dan dada. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian tersebut disedari suami dan anak mangsa…










