Amirudin mula tugas MB Selangor - Utusan Malaysia

Amirudin mula tugas MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Penstrukturan semula industri air di Se­langor yang tertangguh sebelum ini dijangka dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya 31 Julai depan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, perkara tersebut menjadi fokus utama yang akan dibincangkan pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat.

“Saya percaya sebelum ini mungkin ada perbezaan pandangan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri (berkenaan penstrukturan semula industri air), tetapi kali ini dengan keserasian ke­dua-dua pihak, isu berke­naan boleh dimuktamadkan.

“Menjelang tarikh akhir (perjanjian penstrukturan semula industri air) pada 31 Julai, kita yakin paling tidak kita akan mempu­nyai keputusan kukuh bagi penstrukturan semula industri air di Selangor ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Ne­geri (SUK) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN