Ambil tindakan tegas cubaan hina institusi diraja - UMNO - Utusan Malaysia

Ambil tindakan tegas cubaan hina institusi diraja – UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh berdiam diri sebaliknya perlu mengambil tindakan tegas terhadap sebarang cubaan jahat menghina serta memperlekehkan institusi raja-raja Melayu berhubung pelantikan Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas.

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO berkata, UMNO mahu langkah-langkah pencegahan diambil terhadap sebarang tindakan provokatif yang menolak prinsip taat setia kepada raja supaya prinsip Rukun Negara terus dipelihara.

Menurut unit tersebut, kerajaan sepatutnya telus mengekalkan sebarang peruntukan yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terutama yang berdasarkan semangat kontrak sosial dan tidak mengambil pendirian ‘baling batu sembunyi tangan’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO amat bimbang dengan penularan budaya kebiadaban terhadap raja-raja Melayu dalam kalangan individu dan pihak tertentu yang berselindung atas nama hak kebebasan bersuara.

“UMNO juga menolak sebarang percubaan jahat untuk menghina dan memperlekehkan institusi raja-raja Melayu. Jangan cuba-cuba mengheret rakyat untuk tidak lagi menghormati dan mendaulatkan raja-raja yang menjadi lambang sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di negara ini,” kata unit berkenaan dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini