Ambil pengajaran tragedi Blok 102 - Utusan Malaysia

Ambil pengajaran tragedi Blok 102

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tragedi maut yang menimpa seorang remaja lelaki selepas dihempap sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri Blok 102, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai di Pantai Dalam pada awal tahun ini seolah-olah tidak memberi kesan kepada masyarakat.

Sebaliknya, budaya membuang pelbagai objek dari tingkat atas pangsapuri khususnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara masih berlaku.

Tinjauan Kosmo! di beberapa PPR di Kuala Lumpur mendapati, barang yang dibuang bukan sahaja terdiri daripada sampah, tetapi juga pelbagai objek yang berbahaya seperti botol, bekas akuarium kaca, televisyen dan juga kerusi.

Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Pantai, Tusiah Sino berkata, kejadian yang berlaku di Blok 102 pada Januari lalu masih sukar dilupakan dan menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya.

“Saya mengenali keluarga tersebut dan mereka adalah keluarga yang baik dan menghormati jiran-jiran di sekitarnya tetapi pada malam tersebut, satu tragedi telah menimpa mereka.

“Tidak dinafikan sebelum kejadian, sampah selalu dibuang dari tingkat atas kedua-dua blok di sini tetapi kebiasaannya adalah sampah ringan dan bersaiz kecil. Kadangkala ada juga yang membuang serpihan kayu ataupun botol kaca namun tiada yang mengenai sesiapa sehingga malam tersebut,” ceritanya ketika ditemui Kosmo! di PPR Seri Pantai di sini baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN