KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak setinggi 3.5 meter (m) di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula hari ini hingga esok (Selasa). MET Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora tersebut adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi serta sukan laut. Agensi itu juga mengeluarkan amaran…









