PRIHATIN. Alumni Institut Penilaian Negara (Inspen) meraikan 36 anak yatim dan miskin dari Rumah Anak Yatim Asnaf As-Solihin, Kanchung Darat, Banting pada majlis berbuka puasa di kampus institut itu di Kajang kelmarin. Presiden Alumni Inspen, Shazam Abdullah berkata, majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Islam Inspen itu bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik pada bulan Ramadan. “Selain iftar, sekumpulan anak-anak berusia 10 hingga 17 tahun turut memeriahkan program khatam al-Quran yang dianjurkan sempena program tahunan ini,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya