SILATURAHIM. Lebih 200 Alumni Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hadir memeriahkan majlis iftar perdana di kompleks tersebut di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tujuan majlis tersebut diadakan untuk mengeratkan hubungan antara bekas pelajar dengan pihak pengurusan Darul Kifayah selain bertukar maklumat dan pengalaman masing-masing. Hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Abdul Aziz Jusoh dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Mohd. Nizam Yahya yang juga mantan Pengetua Darul Kifayah.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya