Alhamdulillah Nur Aisyah kembali ke dakapan - Ibu - Utusan Malaysia

Alhamdulillah Nur Aisyah kembali ke dakapan – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 8 Jun – Ibu bayi malang, Nur Aisyah Hasmizan lega apabila anak bongsunya kini kembali ke dakapan mereka biarpun dalam keadaan muka dan badan dipenuhi kesan gigitan serangga.

Siti Noorfadila Yusofe, 30, berkata, anaknya yang berusia 17 bulan itu kini stabil tetapi masih trauma dan sering menangis akibat kesakitan yang dialami.

“Alhamdulillah dia kembali kepada saya dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa (digigit serangga), saya sangat bersyukur dapat berjumpanya semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada pemeriksaan X-ray yang dibuat, tiada kesan Nur Aisyah dipukul atau sebagainya tetapi dia jadi seperti ini mungkin kesan daripada gigitan semut, nyamuk dan serangga-serangga kecil,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian antara pukul 3 hingga 5 pagi semalam, Nur Aisyah disedari hilang ketika keluarganya mahu bangun bersahur di rumah mereka di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap di sini.

Bayi tersebut ditemukan semula hanya satu kilometer dari rumah pada pukul 3.45 petang susulan penahanan seorang lelaki Nepal pada hari sama.

Tambah Siti Noorfadila, bibir dan sekitar mulut Nur Aisyah juga bernanah, selain mata dan leher turut mengalami kesan yang sama. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini