KOTA KINABALU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah bercadang mengawal selia aktiviti penangkapan udang kara dan ketam di negeri itu bagi memastikan kelestariannya. Menterinya, Junz Wong berkata, sehubungan itu pihaknya akan membentangkan kertas kerja mengenai perkara berkenaan kepada kabinet kerajaan negeri dalam masa terdekat. “Kertas kerja itu akan mencadangkan dasar untuk mengawal selia harga dan saiz udang kara serta ketam yang dijual di restoran dan pasar terbuka. “Saya rasa…










